Grapes
 

Recipe photo

TART KEJU DAN ANGGUR

Jenis: Pembuka Selera     Tempat: Rumah     Saiz Hidangan: 12-18 biji

Versi Boleh Dicetak

Ramuan:

1/4 cawan bawang besar cincang halus
2 sudu kecil mentega
1 cawan anggur California tanpa biji dibelah dua
1 cawan keju Swiss atau Jarlsberg diparut
Kulit Tart Emping Jagung
2 telur
1 cawan susu atau half & half
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil daun thyme kering, opsyenal
1/8 sudu kecil serbuk lada sulah
Serbuk cayenne

Fakta Pemakanan:

179 Kalori, 5 g protein, 10 g lemak (51% Kalori daripada lemak), 17 g karbohidrat, 52 mg kolesterol, .9 g serat, 260 mg natrium.

Arahan:

Tumis bawang dalam mentega hingga lembut. Angkat dari api dan gaul dengan anggur dan keju. Bahagi campuran kepada 18 hingga 20 bahagian sama banyak dan diletakkan dalam acuan tart kecil (garis pusat kira-kira 1-1/2 inci) berlapik pastri. Pukul telur dan campur dengan susu dan perasa; tuang ke atas campuran anggur dalam setiap acuan. Bakar, tidak bertutup, pada suhu 425° F selama 5 minit. Kurangkan suhu ketuhar kepada 300° F dan bakar selama 18 hingga 20 minit lagi atau hingga hujung mata pisau yang dicucuk dekat tengah tidak melekit. Biarkan 10 minit sebelum keluarkan dari acuan.

Kulit Tart Emping Jagung: Gaul 1-1/2 cawan tepung, 1/2 cawan emping jagung, 1/2 sudu kecil garam dan 1/2 sudu kecil daun thyme kering hingga rata. Gaul 1/2 cawan mentega. Perlahan-lahan tambah kira-kira 1/3 cawan susu, kacau dengan garpu supaya adunan basah serata dan sebati. Sapu minyak dalam acuan tart atau sembur acuan dengan semburan masak tidak melekat. Perlahan-lahan tekan 1 sudu besar pastri ke dalam 12 hingga 18 acuan tart kecil. Jika mahukan kulit lebih gelap, bakar pada suhu 425° F selama 5 minit sebelum meletakkan inti.