Grapes
 

Dikendalikan Dengan Rapi


Anda tidak boleh memilih anggur yang lebih baik daripada anggur California.  Buah anggur kami dihasilkan dan dipetik dengan rapi.  Daripada kandungan gulanya yang tepat, hingga saiz gugusan dan buahnya dan keseragaman warna, setiap aspek pengeluaran dipantau dengan teliti dari mula hingga ke akhir.

Apabila tiba masa untuk menghantar anggur California ke pasaran seluruh dunia, setiap peringkat pembungkusan dan pengangkutan memastikan anggur kami sampai kepada pengguna dalam keadaan segar seperti baru dipetik.

Pembungkusan

Pekerja mahir yang pengalaman selama bertahun-tahun memetik anggur daripada pokoknya dengan berhati-hati, memilih gugusan yang berkualiti dan cukup matang sebelum menggunting buah yang kecil dan rosak daripada tangkainya.  Gugusan anggur ini diperiksa sekali lagi sebelum dimasukkan ke dalam kontena untuk memastikan kualiti dan kesegarannya.

Penyejukan

Sejurus selepas dipetik dan dibungkus, anggur segera disejukkan untuk menghilangkan kepanasan suhu dari ladang dan diletakkan dalam tempat simpan sejuk.  Ini membantu mengekalkan kesegaran dan mengurangkan kehilangan air.  Suhu dan kelembapan dikawal ketat dalam julat 30°–32° Fahrenheit, dengan tahap kelembapan 90–95%.

Pengangkutan

Kebanyakan anggur California dihantar ke seluruh Amerika Syarikat dengan lori peti sejuk, sama ada melalui lebuh raya atau dengan kereta api.  Anggur yang dieksport ke pasaran antarabangsa dihantar dengan kapal menggunakan kontena peti sejuk atau dengan kapal terbang.  Peralatan yang canggih digunakan dalam kedua-dua pengangkutan itu untuk memastikan suhu yang sama sepanjang perjalanan.